SAUDARA PENGARANG,
BILA dilihat semula dan mengalami sendiri cara pemerintahan Perikatan Nasional (PN) selama ini, kita dapat melihat beberapa kelemahan dalam pentadbiran kerajaan.
Kebanyakan arahan dan peraturan yang dilaksanakan mengelirukan rakyat sedangkan menteri terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Mengapa boleh jadi begitu?
Oleh yang demikian, bagi menyelamatkan kecelaruan sekarang ini, adalah lebih baik saya memohon jasa baik rakyat bersatu mengembalikan semula pemerintahan kerajaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menerajui semula negara.
Rakyat mesti bersatu padu tanpa mengira bangsa dan kedudukan dengan memastikan BN menerajui negara demi kesejahteraan dan keselamatan serantau sama ada di dalam atau di luar negara.
Sudah berlalu setahun lebih, namun masih berlaku cacamarba dan ketirisan disebabkan kelemahan dan ketandusan pelaksanaan undang-undang atau arahan yang tidak menentu.
Saya merasakan kebanyakan rakyat sudah terlalu rindukan zaman pemerintahan BN. BN tetap di hati dan selalu dikenang.
WARIS PANGLIMA, Perlis.