Sikap negara Arab buat Palestin menderita - Utusan Malaysia

Sikap negara Arab buat Palestin menderita

FOKUS SDG 2030 untuk mewujudkan keamanan dan keadilan sukar dicapai sekiranya keganasan terhadap penduduk Palestin tidak dihentikan. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MATLAMAT Pembangunan Lestari (SDG) 2030 dilancarkan pada 2016 dalam Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York. Inti pati utama SDG adalah untuk mentransformasikan dunia menjelang 2030.

SDG 2030 adalah kesinambungan daripada Agenda Pembangunan Milenium (MDG) yang dilancarkan pada 2001 untuk dijayakan oleh setiap negara menjelang 2015.

Fokus ke-16 SDG 2030 adalah berkaitan keamanan dan keadilan. Bagaimanapun, fokus itu sukar dicapai sekiranya kuasa-kuasa besar dunia gagal memainkan peranan secara adil dalam menangani keganasan Israel terhadap penduduk Palestin.

Amerika Syarikat (AS) menggunakan 11 kali kuasa veto untuk melindungi kepentingan Israel. Hal ini menjadikan Israel kebal daripada sebarang tindakan undang-undang meskipun menerima pelbagai kecaman dunia.

Keganasan Israel mencetuskan krisis kemanusiaan apabila ribuan penduduk Palestin terbunuh dan kehilangan tempat tinggal serta infrastruktur penting seperti sekolah dan hospital musnah.

Dunia tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada negara kuasa besar untuk menyelesaikan konflik ini. Negara-negara Islam sendiri harus merintis jalan mencari penyelesaian terhadap krisis yang telah berlarutan sejak 1948.

Konflik Israel-Palestin ini adalah simbol kepada ketidakadilan PBB yang seolah-olah dikuasai AS. Meskipun SDG 2030 ini dilancarkan di New York, AS merupakan pelindung terkuat rejim Israel.

Lebih mendukacitakan apabila terdapat beberapa negara Islam khususnya negara-negara Arab yang bertindak menormalisasikan hubungan diplomatik dengan Israel. Tindakan ini menjadikan kedaulatan Palestin bukan lagi menjadi keutamaan negara-negara Arab.

Normalisasi hubungan dengan Israel yang juga sekutu kuat AS dilakukan bagi melindungi keselamatan negara masing-masing daripada ancaman Iran di rantau Teluk.

Justeru, normalisasi ini ternyata menguntungkan AS yang boleh menjual senjata sekali gus menguatkan lagi cengkaman Israel terhadap Palestin.

 

DR. ILYAS ABDULLAH

UiTM Pahang, Kampus Raub

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya