Syarikat umrah jangan ambil kesempatan - Utusan Malaysia

Syarikat umrah jangan ambil kesempatan

RAMAI dijangka akan menempah pakej umrah kerana rindu tanah suci tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ALHAMDULILLAH setelah hampir dua tahun Arab Saudi menutup pintu sempadan untuk umat Islam seluruh dunia, ia akhirnya memberikan kebenaran untuk rakyat asing untuk menunaikan umrah di negara itu.

Difahamkan Arab Saudi akan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kepada setiap jemaah umrah yang akan tiba nanti.

Antaranya, jemaah diwajibkan mengambil suntikan vaksin yang disediakan oleh kerajaan negara itu sebelum dibenarkan masuk.

Bilik hotel yang dahulunya boleh memuatkan antara empat hingga enam orang sebilik kini hanya dihadkan kepada dua orang sahaja.

Dijangkakan harga pakej untuk menunaikan umrah tidak kurang daripada RM15,000 seorang iaitu lebih mahal daripada kos menunaikan haji sebanyak RM9,980.

Diharapkan syarikat yang menawar pakej umrah ini tidak mengambil kesempatan ketika dijangka ramai akan berebut-rebut untuk membuat tempahan kerana rindu tanah suci tersebut.

Kenakan harga yang berpatutan dan jangan terlalu memikirkan keuntungan berlipat kali ganda. Berniagalah dengan jujur dan ikhlas terutama jika perniagaan ada kaitan dengan agama.

Dalam pada itu, diharapkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengeluarkan senarai nama syarikat-syarikat yang diberikan kebenaran untuk mengendalikan umrah dengan harga pakej yang ditawarkan supaya mudah umat Islam memilih.

Pihak kerajaan juga perlu membuat pemantauan dan jangan sekali-kali membenarkan syarikat yang tidak berdaftar dengan Tabung Haji menawarkan pakej umrah.

Sebelum ini, banyak kes dilaporkan syarikat terbabit melesapkan duit bayaran. Terdapat juga dalam kalangan jemaah yang terkandas di lapangan terbang di Malaysia dan luar negara kerana masalah dokumen dan wakil syarikat menghilangkan diri.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Seremban, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya