Saya uzur, tolonglah lulus permohonan pencen ilat - Utusan Malaysia

Saya uzur, tolonglah lulus permohonan pencen ilat

SYARAT pekerja telah mencapai umur 60 tahun pada masa Notis Keilatan diterima sudah dipenuhi, namun masih ditolak oleh Perkeso.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KETIKA berusia 59 tahun, saya jatuh sakit dan disahkan menghidap sakit jantung. Saya dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Ketika itu saya bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga dan dua orang anak.

Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, saya berhenti kerja. Rakan isteri mencadangkan saya memohon pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Saya terperanjat ketika diberitahu perkara itu kerana setahu saya pencen ilat diberikan sekiranya berlaku kecederaan atau kemalangan semasa bekerja.

Pun begitu, saya mencuba nasib menghantar permohonan tetapi ditolak dengan alasan melepasi usia 60 tahun.

Saya terkilan kerana selama bertahun-tahun bekerja, tidak pula diberitahu mengenai perkara itu. Jika diberitahu awal, sudah pasti saya akan terus memohon bantuan tersebut selepas sahaja mengetahui penyakit jantung yang dihidapi.

Kami menghadiri perbicaraan di pejabat Perkeso di Petaling Jaya pada 17 Mac lalu. Perbicaraan dijalankan dalam keadaan saya uzur. Saya terbaring dalam kereta dan diajukan beberapa soalan oleh pihak Perkeso dari luar kereta. Soalan-soalan tidak berapa saya dengar dan faham.

Melalui surat bertarikh 13 April 2021 (JKRS(S)197/2021), keputusannya rayuan ditolak. Saya melihat seolah-olah Perkeso memasang ‘perangkap.’

Saya bertambah bingung dan sedih sekali. Oleh itu, saya mohon pencen ilat saya dipertimbangkan semula dan diluluskan atau perlukah saya menghadap Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan atau ke mahkamah?

ANAK ANUAR
Sijangkang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya