Henti hubungan dagang dengan Israel - Utusan Malaysia

Henti hubungan dagang dengan Israel

PERLU disokong usaha pelbagai pihak termasuk NGO bagi membantu rakyat Palestin. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SERANGAN ganas Zionis di Semenanjung Gaza baru-baru ini diakhiri dengan gencatan senjata yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Siri serangan tentera Zionis di Semenanjung Gaza sejak 10 Mei lalu menyaksikan sekurang-kurangnya 248 penduduk Palestin maut dan lebih 1,900 cedera.

Konflik yang berlaku selama 11 hari juga menyebabkan banyak bangunan dan infrastruktur penting musnah, menyebabkan kira-kira 120,000 penduduk Semenanjung Gaza hilang tempat tinggal.

Sekurang-kurangnya 12 orang maut di Israel akibat serangan Hamas.

Gabungan Reformis Malaysia (GRM) mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman berterusan rejim Zionis Israel terhadap Palestin dan Masjid Al-Aqsa yang telah berlangsung lebih separuh abad.

GRM amat kesal dengan kuasa-kuasa besar dunia yang bermain di belakang tabir terhadap kekejaman rejim Zionis Israel untuk sekian lamanya sejak Perjanjian Balfour 1917 dan tertubuhnya Israel secara haram pada 15 Mei 1948.

GRM dengan ini, berpendirian dengan tegasnya mendukung perjuangan Palestin serta;

a) Mendesak sidang tergempar khas Parlimen Malaysia diadakan bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin serta mengutuk kezaliman rejim Zionis Israel.

b) Mendesak kerajaan Malaysia mengambil pendirian bahawa rejim Zionis Israel ialah negara pengganas.

c) Mendesak kerajaan Malaysia  menghentikan hubungan dagang dengan rejim Zionis Israel.

d) Mencadangkan penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2.0 dalam isu Palestin terutamanya membabitkan Turki, Pakistan, Qatar, Indonesia dan Iran.

e) Mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatannya mengutuk kekejaman rejim Zionis Israel dan ditempatkan tentera pengaman PBB.

f) Mendukung semua usaha kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat madani, individu dan pelbagai pihak dalam usaha membantu rakyat Palestin sama ada melalui bantuan makanan, pakaian, perubatan, solat hajat, doa dan seumpamanya.

 

MUSTAFFA KAMIL AYUB

Penyelaras GRM

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya