Aplikasi WFW: Saluran aduan golongan pekerja - Utusan Malaysia

Aplikasi WFW: Saluran aduan golongan pekerja

M. Saravanan ketika majlis pelancaran aplikasi Working for Workers (WFW) pada 3 Mei lalu di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

APLIKASI digital Working for Workers (WFW) yang telah dilancarkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan adalah inisiatif bagi menangani sebarang aduan terhadap isu-isu perburuhan yang dikemukakan secara dalam talian oleh pekerja tempatan dan asing di negara ini.

Aplikasi itu selari dengan tema Hari Pekerja tahun ini iaitu Pembudayaan Norma Baharu dalam Dunia Pekerjaan Sejagat. Aplikasi ini melibatkan semua jabatan dan agensi di bawah kementerian itu.

Era pandemik Covid-19 mendorong pendigitalan dan automasi bidang pekerjaan yang membawa kepada norma budaya kerja baharu bagi kelangsungan ekonomi negara.

Inisiatif tersebut diharap mampu menangani cabaran dan impak semasa era pandemik ini. Selain itu, ia memastikan perlindungan dan mempromosikan hak serta kesejahteraan sektor tenaga kerja negara ini.

Pembangunan aplikasi ini juga bagi mengukuh teras Perkhidmatan Pekerjaan dan Pematuhan Perburuhan di bawah Inisiatif Sumber Manusia Kebangsaan.

Dalam masa sama, sebagai platform kepada pekerja tempatan dan asing, ia melaporkan isu-isu berkaitan pekerjaan, menyampaikan cadangan dan maklum balas bagi memastikan kesejahteraan serta kepentingan mereka terpelihara di bawah sistem perundangan perburuhan, khusus Akta Pekerjaan 1955.

Semoga ia dapat memudahcarakan kesulitan dan halangan yang dihadapi para pekerja untuk membuat aduan mengenai sesuatu isu dan membantu penguatkuasaan perundangan perburuhan agensi-agensi berkaitan di bawah kementerian itu.

Segala isu itu, atau maklum balas yang diterima melalui aplikasi WFW akan diambil tindakan melalui kerjasama strategik pejabat buruh di seluruh negara yang dekat dengan kawasan premis pekerja berkenaan.

Ia sebagai bantuan awal kepada pekerja yang berasakan mereka ditindas atau memerlukan intervensi agensi kerajaan melalui skrin telefon mereka.

Aplikasi WFW juga diharapkan mampu meningkatkan persekitaran dan fasiliti pekerjaan yang kondusif dan membendung penindasan majikan.

Diharapkan, wujud pematuhan perundangan perburuhan oleh kedua-dua pihak berkepentingan iaitu majikan dan pekerja.

Saya berharap identiti pengadu melalui WFW hendaklah sentiasa dirahsiakan.

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya