Akhirnya hasrat Dr. Mahathir tercapai - Utusan Malaysia

Akhirnya hasrat Dr. Mahathir tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA sangat bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan di Pusat Pembelajaran Bahasa Inggeris, Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Samsiah Abdul Hamid dalam Utusan Malaysia pada 17 Mei lalu.

Dalam artikel bertajuk Sepatutnya Inggeris kita lebih bagus, beliau berpendapat peluang pembelajaran bahasa Inggeris secara kendiri ketika pandemik Covid-19 menerusi YouTube dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Dengan menonton video-video terpilih seperti English Speeches, TED Talk dan English with Lucy, seseorang itu bukan sahaja dapat mendengar syarahan dan cerita yang menarik dalam bahasa Inggeris malah mendengar sebutan tepat daripada penutur bahasa Inggeris asli.

Selain itu, YouTube juga menyediakan kemudahan sari kata dalam bahasa Inggeris secara automatik bagi memudahkan seseorang itu memahami maksud dan mengenal ejaan perkataan yang dituturkan.

Berdasarkan pengalaman saya yang mempunyai dua anak berusia sembilan dan 11 tahun, tempoh hampir dua tahun belajar secara dalam talian kerana Covid-19 telah membantu meningkat penguasaan bahasa Inggeris anak-anak saya.

Selain video dalam bahasa Inggeris, permainan dalam talian seperti Roblox telah membantu anak-anak saya menambah perbendaharaan kata bahasa Inggeris mereka.

Anak-anak saya sangat ‘benci’ filem yang dialih bahasa ke bahasa Melayu kerana kata mereka lebih mudah untuk faham jalan cerita filem yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Saya berpendapat hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid telah berjaya walaupun bukan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah yang cuba dilaksana semula oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

PAK TAM
Kuala Kangsar, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya