Tidak mati tak makan ketupat - Utusan Malaysia

Tidak mati tak makan ketupat

KITA tidak akan mati jika tak dibenarkan makan ketupat di kampung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MASYARAKAT majmuk di Malaysia pantang ada perayaan, sudah pasti mereka akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman.

Ini merupakan amalan turun-temurun yang agak sukar dikikis dalam kehidupan masyarakat kita. Hendak kata salah ibu mengandung pun tak kena juga tetapi ia telah menjadi sebati dalam hidup kita.

Sebab itu, pada 2020 ketika kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan tiada siapa dibenarkan untuk pulang beraya di kampung, suasana dalam negara ini penuh dengan titisan air mata.

Tahun 2021 ini, isu itu kembali menjadi polemik dengan kedatangan Ramadan kerana sebulan selepas itu umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ramai yang gusar dan susah hati kerana tidak mahu peristiwa ‘beraya secara dalam talian’ seperti tahun lalu berulang kembali tahun ini.

Masyarakat kebanyakan mahu mendengar jawapan daripada kerajaan bahawa mereka dibenarkan melakukan aktiviti rentas negeri untuk pulang berhari raya.

Bagi saya, sekiranya kerajaan ingin membenarkan aktiviti rentas negeri, hendaklah dipasti kes harian mencecah dua angka.

Benarkan aktiviti ‘mencari makan’ kerana ia satu keperluan hidup, tetapi tolong jangan benarkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan beraya kerana ia sekadar kehendak hidup kita semata-mata.

Kata kawan saya, kita mungkin akan mati kebuluran jika tidak dibenarkan untuk mencari ‘sesuap nasi’, tetapi kita tidak akan mati jika tidak dibenarkan makan ketupat, rendang dan lemang di kampung.

ABDULLAH BEKAS PESAKIT COVID-19
Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya