Sedia ustaz, ruang solat di hospital - Utusan Malaysia

Sedia ustaz, ruang solat di hospital

MOHON jasa baik Kementerian Kesihatan untuk menyediakan satu sudut khusus bagi menunaikan solat di setiap wad. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DICADANGKAN Kementerian Kesihatan menempatkan seorang ustaz bertauliah di setiap hospital di negara ini.

Sebenarnya mereka yang berkelulusan agama ramai yang masih menganggur. Saranan setiap hospital menyediakan ustaz secara tidak secara langsung dapat memberikan pekerjaan kepada lepasan dalam
bidang agama.

Jika boleh dan perlu, lebih baik disediakan seorang ustaz dan seorang ustazah di setiap hospital.

Dalam pada itu, diperhatikan wad di hospital-hospital kerajaan tidak menyediakan ruang khusus untuk bersolat.

Pesakit tidak dibenarkan pergi ke surau dan kerana ruang bersebelahan katil yang agak terbatas, ramai dalam kalangan pesakit yang langsung tidak menunaikan solat.

Oleh itu, mohon jasa baik Kementerian Kesihatan untuk menyediakan satu sudut khusus bagi menunaikan solat di setiap wad yang boleh memuatkan antara dua hingga tiga pesakit.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya