SAUDARA PENGARANG,
SIKAP pemimpin ada kalanya menjengkelkan. Mentang-mentang mempunyai kuasa, mereka sewenang-wenangnya ‘mempermainkan’ rakyat.
Lebih teruk, pemimpin gagal menunjukkan teladan yang baik dari segi tutur kata dan tingkah laku. Begitu juga dari segi akhlak yang dilihat masih lagi kurang kerana gemar berjanji tetapi tidak ditepati.
Saya tidak mahu rakyat dipermain, diperbodoh dan ditipu lagi.
BAHARUDDIN SAMEK
Muar, Johor