Rombak peraturan, bendung pengundi hantu PRU-15 - Utusan Malaysia

Rombak peraturan, bendung pengundi hantu PRU-15

TAMBAH baik peraturan sedia ada bagi mengekang pengundi hantu, sekali gus menjadikan proses pengundian PRU-15 lebih bersih. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BAHANG pilihan raya umum (PRU) semakin dekat. Ia mungkin diadakan pada tahun ini atau awal tahun depan.

Namun, sebelum ia diadakan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah melakukan rombakan dengan menguatkuasakan peraturan baharu melibatkan pengundi.

Ini kerana terdapat segelintir masyarakat yang mengundi di kawasan bukan tempat tinggal mereka, sekali gus menjadikan undian pada PRU nanti tidak tepat berdasarkan banci penduduk.

Justeru, untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), SPR hendaklah melaksanakan peraturan baharu terhadap mereka yang layak mengundi.

Ini termasuk hanya membenarkan pengundi mengundi mengikut alamat terakhir tempat tinggal seperti yang tertera pada kad pengenalan. Contohnya, alamat terakhir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Selangor.

Ini bermakna individu tersebut hanya boleh mengundi di kawasan itu sahaja. Langkah itu boleh mengelakkan wujud pengundi hantu.

Sekiranya SPR tidak menambah baik peraturan sedia ada, maka tidak mustahil jumlah pengundi contohnya di Parlimen Putrajaya boleh meningkat.

OMAR LOLO
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya