SAUDARA PENGARANG
SAYA rindu, tersangat rindu pada karya-karya Sasterawan Negara yang pernah saya baca semasa menghadiri kelas mata pelajaran Sastera di tingkatan lima dan enam beberapa dekad lalu.
Kini, pasaran dibanjiri novel-novel cinta, yakni teramat kurang pilihan genre selain kisah cinta.
Kalau boleh, saya hendak ulang baca buku Sejarah Melayu yang menceritakan kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melaka ditulis oleh beberapa pengarang Melayu.
Yang sedihnya, kedai-kedai buku utama sekarang tidak menyimpan stok buku-buku berkenaan, manakala kedai buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pula seperti satu dalam seribu kewujudannya.
Pendek kata, amat sukar membeli buku-buku yang tinggi nilai estetika sedemikian.
Kebanjiran novel-novel cinta membuatkan saya tertanya-tanya, adakah masyarakat percaya satu-satunya yang diperlukan dalam hidup mereka hanyalah cinta?
KENNETH CHEW
Pulau Pinang