Perlukah usul desak menteri UMNO letak jawatan? - Utusan Malaysia

Perlukah usul desak menteri UMNO letak jawatan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETAHUN berlalu, perang melawan musuh tidak kelihatan dalam bentuk virus berbahaya dinamakan Covid-19 masih belum menemui pengakhiran.

Hakikatnya, perang melawan Covid-19 belum berakhir, masih jauh untuk dimenangi, namun datang pula gangguan baharu cuba menjejaskan tumpuan kerajaan.

Disebabkan politik, panglima-panglima dari ketumbukan yang berlainan ideologi siasah dengan pentadbiran Persekutuan, diminta lari dari medan perang.

Secara peribadi, saya tidak dapat menerima ucapan pemimpin tertinggi pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang mahu wakil parti berkenaan yang dilantik ke dalam Kabinet supaya meletak jawatan.

Perlukah usul sedemikian ketika negara masih sibuk bergelut dengan krisis ekonomi dan kesihatan?

Menteri-menteri terbabit menyandang portfolio penting dalam menguruskan krisis melawan Covid-19 iaitu Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

SYED ISHAK MOHD. HISHAM
Segambut, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya