Perlu sentiasa jumpa mahasiswa - Utusan Malaysia

Perlu sentiasa jumpa mahasiswa

ADHAM Baba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 20 Mac lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, telah berucap merasmikan Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia (KOMSIS) 2021 yang diadakan secara maya.

Program terbabit yang dianjurkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah inisiatif bagi menyatukan mahasiswa dalam bidang sains kesihatan dari seluruh negara bagi bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman.

Dalam ucapannya, beliau telah memberikan beberapa pesanan bermakna kepada para mahasiswa sains kesihatan di negara ini.
Antara yang beliau sarankan ialah kepentingan golongan mahasiswa membantu menjayakan agenda Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berjalan dengan rancak.

Saya juga tertarik dengan gesaan beliau agar warga fakulti sains kesihatan memainkan peranan besar dalam memastikan penjagaan kesihatan dan keselamatan orang ramai sentiasa terjaga terutamanya ketika berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19.

Walaupun sibuk mengetuai barisan hadapan negara melawan virus Covid-19, beliau tetap tampil bertemu mahasiswa secara maya bagi memberi semangat kepada para penuntut dalam bidang sains kesihatan.

Berdasarkan cara beliau berbicara, dapat disimpulkan Menteri Kesihatan ialah seorang yang rajin, gigih dan tidak mudah berputus asa.

Kesudian Menteri Kesihatan berjumpa secara dalam talian dengan mahasiswa memberi semangat tambahan kepada kami untuk terus berusaha bagi memberi sumbangan yang memberi impak dalam pembangunan masyarakat melalui pelbagai cara, bersesuaian dengan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Diharapkan lebih ramai menteri meluangkan masa berjumpa dengan mahasiswa bagi memberi idea dan nasihat berdasarkan bidang kepakaran masing-masing bagi memastikan generasi muda terpelajar dapat memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat.

FATIN
UKM, Bangi, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya