Penduduk risau dijangkiti penyakit anjing gila - Utusan Malaysia

Penduduk risau dijangkiti penyakit anjing gila

BERTINDAKLAH segera, kerana penduduk risau, anjing akan memberi ancaman kepada orang awam terutama kepada kanak-kanak yang keluar bermain bersendirian. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK kebelakangan ini, semakin banyak anjing liar berkeliaran di sekitar Jalan Mas Utama, Taman Lagenda Mas di Cheras, Selangor.

Perkara ini bukanlah baharu, namun sejak kebelakangan ini jumlah haiwan berkenaan semakin bertambah yang boleh mengundang ketakutan dan bahaya kepada pejalan kaki serta penunggang motosikal.

Keadaan yang tidak selesa itu juga berbahaya kepada kanak-kanak yang bermain berhampiran kawasan perumahan.

Malah menyebabkan tong sampah yang diletakkan di luar rumah dan deretan kedai bertaburan kerana diselongkar haiwan berkenaan.

Beberapa aduan pernah disuarakan kepada pihak berkuasa dan tindakan juga pernah diambil, namun masalah ini dilihat tidak ada penghujungnya.

Ini mungkin kerana ada penduduk di kawasan itu memberi makanan kepada anjing sehingga haiwan berkenaan selesa untuk terus berada di situ.

Justeru, diharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas agar perkara ini diatasi.

Jika lambat bertindak, ia boleh mengancam nyawa, lebih-lebih lagi sekiranya haiwan berkenaan menghidap penyakit anjing gila.

Bertindaklah segera, kerana penduduk risau, haiwan itu akan memberi ancaman kepada orang awam terutama kepada kanak-kanak yang keluar bermain bersendirian.

KEN
Cheras, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya