Lupakan seketika politik di bulan Ramadan - Utusan Malaysia

Lupakan seketika politik di bulan Ramadan

UMAT Islam perlu fokus untuk beribadah wajib dan sunat sepanjang Ramadan.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HARI ini dalam media sosial, tuduh-menuduh sudah menjadi lumrah seolah-olah pihak yang menuduh bersih dan suci daripada dosa.

Sepatutnya dalam bulan puasa, cerita perebutan kuasa dalam parti politik diketepikan dahulu dan umat Islam fokus untuk beribadah wajib dan sunnah sepanjang pandemik Covid-19.

Inilah bulan yang paling baik untuk kita menggandakan pahala ibadah seperti bertadarus, bersedekah, solat sunat tarawih dan berzikir.

Namun, apa yang menyedihkan di saat umat Islam ke sana sini mencari rezeki, ada pihak lebih ghairah untuk menjadi insan yang berkuasa.

Sesungguhnya puasa memberi kekuatan dalaman iaitu iman hingga ke hari kiamat. Namun, kuasa di dunia amat terhad kerana ada yang dilantik untuk penggal tertentu seperti lima tahun atau seumur hidup.

Rebutlah pahala ibadah di bulan puasa. Lupakan agenda berkuasa sebentar demi keharmonian masyarakat Islam untuk beribadah penuh dengan prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau. Itu yang lebih afdal. Jangan kita kehilangan kedua-duanya.

ABDUL RAZAK IDRIS
Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya