Kes harian masih tidak menentu - Utusan Malaysia

Kes harian masih tidak menentu

GUNAKAN tempoh sebulan dalam Ramadan ini untuk sama-sama patuh SOP Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TIDAK lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sudah tentu jutaan masyarakat kita tidak mahu suasana hening 1 Syawal 1441H berulang kembali di tahun ini – tidak boleh pulang beraya di kampung
halaman.

Namun, berpandukan kepada statistik kes harian yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan, kita dapati kes harian masih tidak menentu dan tidak konsisten.

Kejap ia naik, kejap ia turun tanpa ada petanda yang munasabah. Angka kluster juga tidak pernah menurun dengan mendatar.

Berdasarkan situasi ini, adalah mustahil untuk kita dibenarkan merentas negeri bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Mungkin keputusan yang bakal diputuskan oleh para pakar di Kementerian Kesihatan ini agak mengecewakan ramai, namun percayalah bahawa setiap pengumuman dari kementerian itu hanya untuk satu tujuan iaitu menyelamatkan nyawa kita bersama.

Percayalah, sekiranya jumlah kes harian hanya berlegar sekitar 100 kes sehari, maka tidak mustahil Kementerian Kesihatan akan membenarkan aktiviti rentas negeri bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jika kita telah gunakan tempoh sebulan dalam Ramadan ini untuk sama sama patuh prosedur operasi standard (SOP) dan masing-masing jaga diri, tidak mustahil kes harian akan turun sehingga 100 kes. Pilihan sebenarnya telah ada di tangan kita.

IBRAHIM MD. SYUKRI
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya