Fenomena asal raya, harga daging, ayam naik - Utusan Malaysia

Fenomena asal raya, harga daging, ayam naik

HARGA ayam dan daging sentiasa naik ketika bulan puasa dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. – GAMBAR HIASAN/NOOR HASLIZA NUSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BUKAN perkara asing apabila harga bagi makanan basah seperti daging dan ayam meningkat lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ia berlaku pada setiap tahun, tidak kiralah ketika zaman Barisan Nasional (BN) mentadbir negara, Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN). Ia tetap dan masih berlaku, sedangkan pelbagai kementerian diwujudkan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Tidakkah kementerian berkaitan yang menjaga dan mengawal harga di pasaran membuat kajian mengenai berapa banyak jumlah keperluan setiap tahun menjelang Hari Raya Aidilfitri?

Contohnya, berapa jumlah daging diperlukan setiap tahun menjelang perayaan itu.

Tugas tersebut katakanlah dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta KPDNHEP, jadi kedua-dua kementerian tersebut perlu menyediakan kertas kerja.

Kertas kerja itu juga perlu meliputi jumlah keperluan daging lembu dalam negara bagi membolehkan pengiraan dibuat agar bekalan daging mencukupi. Langkah ini membolehkan ladang ternakan lembu ditambah di negara ini.

Sekiranya penternak tidak berkemampuan menyediakan keperluan itu, maka kerajaan boleh membawa masuk daging lembu dan kerbau dari luar negara.

Namun, perlu ada perjanjian antara kerajaan dan negara pembekal agar bekalan dihantar sekurang-kurangnya enam bulan sebelum perayaan.

Sementara itu, kenaikan harga ayam berpunca daripada sikap pemborong yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda di bulan Ramadan sehingga ke Hari Raya Aidilfitri nanti.

Kerajaan harus menambah lagi pengeluaran permit import bagi membawa masuk ayam daripada luar negara, terutama dari Thailand kerana negara itu paling dekat dengan Malaysia.

OMAR LOLO
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya