Emas pelaburan cukup baik - Utusan Malaysia

Emas pelaburan cukup baik

EMAS boleh dianggap sebagai satu perlindungan kerana mudah dicairkan bagi mendapatkan wang tunai. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERDAPAT pelbagai alternatif pelaburan yang boleh dilakukan oleh masyarakat pada masa kini seperti menyimpan wang di dalam bank, membeli saham dan aset tetap seperti tanah serta rumah.

Namun, akhir-akhir ini semakin ramai yang berminat membeli emas. Adakah pembelian emas ini satu bentuk pelaburan yang baik? Apabila kita melihat sejarah sejak dari dahulu lagi seluruh dunia mengiktiraf emas sebagai logam berharga.

Emas boleh dianggap sebagai satu perlindungan jika keadaan yang tidak diingini seperti kegawatan ekonomi berlaku.

Emas mudah untuk dicairkan bagi mendapatkan wang tunai. Jika kita lihat sejarah harga emas di Malaysia pada 1950-an, logam itu dijual di kedai emas hanyalah sekitar RM3 bagi satu mayam atau 3.37gram.

Pada 1990-an harga emas adalah sekitar RM35 satu gram. Kini kita lihat harga emas jauh lebih tinggi iaitu sekitar RM235 per gram.

Bagi mereka yang mempunyai lebihan wang simpanan, membeli emas adalah aktiviti pelaburan jangka panjang yang cukup baik.

DR. MAZITA MOKHTAR
Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya