SAUDARA PENGARANG,
SERING kita mendengar pemimpin melaungkan mengenai agama dan negara dalam sesebuah perjuangan berkaitan politik.
Mereka juga selalu memainkan slogan kepimpinan sedia ada mesti dipertahankan, namun ia seolah-olah menjadi mainan atau taktik untuk mendapatkan sokongan rakyat semata-mata.
Ketika dalam sesuatu perhimpunan, sering kali pemimpin bercakap seperti mereka seorang pujangga yang hebat. Bila pemikiran dibayangi fahaman politik dan agama, maka sikap serta perangai mereka akan berubah dengan tidak mempedulikan kebajikan orang lain.
Begitu juga, seseorang pemimpin tidak boleh menghalalkan sesuatu perkara yang bertentangan dengan amalan agama Islam dan juga undang-undang yang ditetapkan negara.
BAHARUDDIN SAMEK
Muar, Johor