Usah ada benci kepada anak - Utusan Malaysia

Usah ada benci kepada anak

PELIHARALAH anak dengan sebaiknya. - GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

INGATLAH, setiap anak yang dikurniakan kepada kita adalah pemberian daripada Allah SWT. Bukan sekadar pemberian biasa tetapi merupakan amanah yang cukup besar dalam kehidupan kita.

Oleh itu, kita mesti menghargainya sebagai hadiah teramat istimewa. Peliharalah anak dengan sebaiknya. Mereka adalah amanah Allah SWT yang memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa atau penjaganya.

Elakkan berulang kes pada 29 Januari lalu, apabila kita digemparkan dengan kematian seorang kanak-kanak lelaki, Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek, 7, di Melaka yang dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tiri.

Bukan satu kes ini sahaja tetapi banyak kejadian dilaporkan oleh media massa sebelum ini. Belum lagi dengan kes yang berlaku di luar pengetahuan umum, pastinya situasi itu cukup membimbangkan kita.

Bagaimana kita seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran bagi membezakan baik dan buruk mampu melakukan perbuatan dera dan bunuh terhadap insan kerdil yang juga merupakan anak kita?

Walau apa pun alasannya, jangan ada sikap benci terhadap anak-anak sehingga hasutan syaitan membawa kepada perkara yang tidak diingini berlaku.

RAFIUDDIN MOHD. YUSOF
Ketua Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya