Tidak salah tinggalkan parti tidak berintegriti - Utusan Malaysia

Tidak salah tinggalkan parti tidak berintegriti

BANYAK manifesto PRU-14 PH tidak dilaksanakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU lompat parti berulang lagi. Isu itu bukan perkara baharu tetapi sering diperkatakan termasuk tuduhan ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang meninggalkan parti ialah seorang yang tidak berintegriti.

Semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebahagian manifesto Pakatan Harapan (PH) adalah untuk menurunkan harga petrol sehingga RM1.50, menghapuskan bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menghapuskan tol dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) serta berjanji akan melantik Peguam Negara, Ketua Polis Negara serta Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Parlimen.

Namun, semua itu tidak dilaksanakan. Justeru, wujud persoalan adakah parti itu dikira berintegriti? Adakah salah ahli Parlimen atau ADUN meninggalkan parti yang telah menipu rakyat?

Berpuluh tahun UMNO memerintah seolah-olah tiada langsung pemimpinnya terlibat rasuah walaupun banyak aduan dibuat oleh pembangkang. Namun, sebaik sahaja PH memerintah, ramai pemimpin kerajaan dahulu didakwa di mahkamah.

Ketika PH memerintah pula dengan tergesa-gesa ‘membuang’ kes pemimpin DAP, Lim Guan Eng menyebabkan rakyat melihat sistem perundangan negara tidak adil.

Berbeza pula dengan Perikatan Nasional (PN) kerana kerajaan hari ini tidak campur tangan dalam kes-kes terdahulu. Jika dilihat ramai ahli Parlimen didakwa dan sebahagiannya dari kerajaan PN sendiri. Inilah yang dikatakan kerajaan berintegriti.

AZIZIM
Ladang Cluny, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya