Tidak cukup sekadar lahir simpati - Utusan Malaysia

Tidak cukup sekadar lahir simpati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUASANA sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac lalu dengan tema #ChooseToChallenge atau #MemilihUntukMencabar telah dikejutkan dengan berita yang benar-benar meruntun hati melibatkan dua wanita dibunuh.

Mayat seorang wanita muda dipercayai dibunuh telah dijumpai di rumah sewanya di Jalan Reko, Kajang, Selangor pada hari sambutan berkenaan.

Beberapa hari sebelum itu, di Bandar Penawar, Johor, seorang ibu muda ditemui mati dengan keadaan menyayat hati, ditanam dalam tong biru di sebuah ladang angkara suami sendiri.

Kedua-dua kejadian itu berlaku di rumah, tempat yang seharusnya seorang wanita berasa selamat dari segala bahaya apatah lagi daripada suami yang sepatutnya memberi perlindungan kepada isteri.

Tiada tindakan yang lebih mendesak daripada menteri mahupun timbalan menteri melainkan adalah untuk menjaga kebajikan wanita yang merupakan kumpulan terbesar dalam demografi negara ini.

Tidak cukup dengan melahirkan rasa simpati sebaliknya ia menuntut penyelesaian lebih jitu kerana undang-undang jenayah sedia ada hanya terlaksana apabila pembunuh dikenal pasti dan didapati bersalah.

Keselamatan dan nyawa wanita tidak boleh dipertaruhkan hanya kerana ketidakcekapan kerajaan menjaga kemaslahatan mereka.

Oleh itu, saya #MemilihUntukMencabar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun supaya mengemukakan jalan penyelesaian lebih berkesan agar permasalahan seperti itu dapat dibendung.

DR. ZALIHA MUSTAFA
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya