Sokong lantik Megat Najmuddin - Utusan Malaysia

Sokong lantik Megat Najmuddin

MEGAT Najmuddin Megat Khas ketika berucap di Mesyuarat Agung Persatuan Anak-Anak Perak di Selangor dan Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERSATUAN Anak-Anak Perak di Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 27 Mac lalu mencapai kata sepakat untuk melantik semula Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas sebagai presiden dalam pemilihan jawatankuasa persatuan itu.

Pelantikan semula itu menepati ramalan kerana khidmat tokoh perniagaan berkenaan untuk menerajui pertubuhan terbabit masih diperlukan.

Begitu juga dengan timbalan presiden, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi turut mengekal jawatannya untuk penggal tiga tahun akan datang.

Dalam pemilihan jawatan baharu persatuan itu, tiga naib presiden iaitu Datuk Maxson Abdul Hamid Jaafar, Datuk Mohamed Saffian Omar dan Datin Dr. Raja Hanaliza Raja Ahmad Tajudin juga mengekalkan kedudukan masing-masing.

Sembilan penjawat jawatan baharu turut dipilih dalam pemilihan tersebut yang dihadiri oleh 50 ahli persatuan di Dewan Nora Andaman, Taman Medan, Selangor.

Megat Najmuddin berharap semangat anak-anak Perak terus jitu untuk memajukan persatuan walaupun negara menghadapi pandemik Covid-19.

Persatuan dalam masa sama turut merencana pelbagai aktiviti sejak pandemik berlaku pada tahun lalu bagi membuktikan ia turut menyumbang untuk membantu kebajikan masyarakat.
Beliau yakin setelah proses penyuntikan vaksin berjaya dilaksanakan, keadaan akan kembali seperti biasa.

Pada perjumpaan itu juga, beliau menasihatkan ahli-ahli persatuan supaya mendaftar untuk mendapatkan vaksin seperti yang disaran kerajaan.

PAP SELANGOR & WP
Petaling Jaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya