Rosol hanya wakili 3,364 pengundi? - Utusan Malaysia

Rosol hanya wakili 3,364 pengundi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENGULAS kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Rosol Wahid dalam Utusan Malaysia pada 12 Mac lalu yang meminta UMNO jangan kacau kerusi Bersatu di Parlimen Hulu Terengganu yang akan ditandinginya semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Saya terpanggil untuk mengemukakan pendapat bagi pihak 3.3 juta ahli UMNO di peringkat akar umbi bahawa Rosol telah menang kerusi itu sebagai calon parti yang telah ditinggalkannya.

Beliau memperoleh 30,925 undi ahli dan penyokong UMNO pada PRU-14. Kemudian, Rosol telah mengisytiharkan keluar UMNO untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas dan selepas itu pada 14 Disember 2018 menjadi ahli Bersatu.

Sehingga hari ini, beliau hanya disokong oleh satu undi sahaja iaitu dirinya sendiri dan tidak berhak ke atas baki 30,924 undi ahli dan penyokong UMNO.

Anehnya, beliau memilih untuk mewakili 3,364 pengundi yang tidak mengundinya pada PRU-14 kerana mereka telah memangkah calon Bersatu yang kalah, Razali Idris.

Oleh kerana Rosol tidak lagi mewakili baki majoriti 30,924 pengundi dalam kalangan ahli dan penyokong UMNO, saya berpendapat gugur kelayakan beliau sebagai salah seorang daripada 222 ahli Dewan Rakyat mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Kerusi Parlimen Hulu Terengganu perlu diisytihar kosong untuk membolehkan pengundi memilih wakil rakyat baharu. Itulah pendapat saya sebagai rakyat Malaysia yang patriotik.

MELAYU MALAYSIA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya