Rebut keistimewaan puasa Syaaban - Utusan Malaysia

Rebut keistimewaan puasa Syaaban

UMAT Islam digalakkan berpuasa sunat, memperbanyakkan amalan soleh dan memohon keampunan kepada Allah SWT dalam bulan Syaaban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SYAABAN ialah bulan kelapan dalam kalendar Hijrah antara bulan Rejab dan Ramadan.

Ia dikenali sebagai bulan diangkat semua amalan ke sisi Allah SWT dan bulan yang padanya Nabi SAW memperbanyakkan ibadah puasa sunat berbanding bulan-bulan selainnya.

Berdasarkan satu hadis, Rasulullah SAW berpuasa penuh dalam bulan Syaaban dan lebih suka amalannya diangkat ketika dalam keadaan berpuasa.

Namun, terdapat juga hadis lain yang menyatakan bilangan hari Nabi SAW berpuasa pada Syaaban adalah sedikit.

Berikutan riwayat hadis yang dilihat saling bertentangan atau bercanggah, para ulama hadis menggunakan beberapa kaedah untuk menentukan kesaihannya dan memilih pandangan bahawa Nabi SAW tidak pernah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban kecuali di bulan Ramadan sahaja.

Kesimpulannya, umat Islam digalakkan berpuasa sunat, memperbanyakkan amalan soleh dan memohon keampunan kepada Allah SWT dalam bulan Syaaban.

Hal ini sangat disukai oleh Nabi SAW kerana pada ketika itu amalan tahunan berpeluang diangkat dan dipersembahkan oleh malaikat kepada Allah SWT dalam keadaan sedang berpuasa.

Ini juga adalah sebagai persediaan dan persiapan bagi umat Islam untuk menghadapi bulan Ramadhan yang akan tiba.

DR. AZRI BHARI
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya