Pantau alam sekitar - Utusan Malaysia

Pantau alam sekitar

PERLU dikenal pasti penempatan manusia atau kilang di pinggir sungai yang mencemar alam sekitar. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MUSIM Covid-19 ini telah mewujudkan fenomena peningkatan jumlah penganggur.

Bagi mengambil kesempatan daripada fenomena itu, saya mencadangkan satu gerakan massa diperkenalkan dengan mengerah tenaga jutaan penganggur muda untuk menjadi sukarelawan, yang pastinya dibayar elaun sesuai.

Mereka dikerah untuk membantu Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi mencatat dan memetakan keadaan gunung, hutan dan sungai untuk membolehkan kerajaan mempunyai data lengkap situasi alam sekitar terkini.

Data yang diperoleh itu amat berguna kerana boleh digunakan untuk membetulkan keadaan. Misalnya, mengenal pasti penempatan manusia atau kilang di pinggir sungai yang mencemar alam sekitar.

Ini adalah gerak kerja mega yang memerlukan wang dan perancangan jitu. Dengan kerjasama semua pihak dan dukungan kewangan kerajaan, kita boleh menjadi negara pertama menggerakkan aktiviti alam sekitar bersepadu.

Mungkin menjelang 2025, kita sudah menjadi sebuah negara bersih dan indah.

BADRUDDIN
Petaling Jaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya