Lanjut tarikh luput pasport - Utusan Malaysia

Lanjut tarikh luput pasport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK penularan pandemik Covid-19, kerajaan tidak membenarkan mana-mana rakyat melancong ke luar negara bagi mengekang wabak tersebut. Begitu juga dengan negara-negara lain turut mengambil pendekatan sama.

Justeru, saya memohon pertimbangan pihak kerajaan untuk melanjutkan tempoh tarikh luput pasport antarabangsa.

Ini kerana dalam tempoh setahun ini, rakyat dilarang ke luar negara dan larangan itu dibuat mengikut peruntukan undang-undang.

Kos membuat atau memperbaharui pasport Malaysia untuk tempoh lima tahun bagi warganegara berusia 13 hingga 59 tahun adalah sebanyak RM200 dan jika tidak digunakan ia dibazirkan begitu sahaja.

Diharap pihak kerajaan dapat memberi sedikit kelonggaran berhubung perkara ini seperti dalam kebanyakan urusan yang telah dipermudahkan sepanjang penularan pandemik berkenaan.

A.R. KHALIL
Ampangan, Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya