Jalan di bandar raya Kuantan perlu dinaik taraf - Utusan Malaysia

Jalan di bandar raya Kuantan perlu dinaik taraf

sebagai bandar raya, Kuantan memerlukan transformasi secara menyeluruh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KUANTAN, Pahang baru-baru ini diisytihar sebagai bandar raya yang ke-18 selepas 40 tahun dinaik taraf sebagai perbandaran.

Tidak dinafikan bahawa Kuantan layak dinaik taraf sebagai sebuah bandar raya setelah memenuhi beberapa syarat dan kriteria yang diperlukan.

Selain dari jumlah penduduk yang melebihi setengah juta, Kuantan juga telah memperoleh hasil tahunan melebihi RM100 juta dan mempunyai kemudahan jalan raya yang baik.

Kebanyakan jalan raya telah dinaik taraf. Beberapa jejambat dan persimpangan bertingkat termasuk jambatan kedua ke Tanjung Lumpur (Jambatan Putera) yang baru siap dibina melayakkan Kuantan mendapat pengiktirafan berkenaan.

Namun, masih terdapat jalan-jalan terutama di dalam pusat bandar dan di pinggir bandar yang kekal keadaannya seperti beberapa puluh tahun dahulu, sedangkan kenderaan kian bertambah.

Antara jalan yang dimaksudkan ialah Jalan Telok Sisek dari pusat bandar raya ke Telok Cempedak, Jalan Tengku Muhammad dari simpang berhampiran Pahang Royal Golf Club ke Simpang Beserah /Semambu/Alor Akar dan Jalan Semambu hingga ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.

Lebih baik simpang Jalan Beserah dan Jalan Semambu dan Jalan Tengku Muhammad ini dibina simpang bertingkat bagi mengelakkan kesesakan.

Selain itu, jalan dari Simpang KotaSAS ke tol Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ke Pekan Sungai Lembing serta jalan dari Kampung Beserah hingga ke pelabuhan.

Pertambahan penduduk dan kenderaan memerlukan jalinan jalan raya yang teratur.

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya