Imunisasi pulih ekonomi - Utusan Malaysia

Imunisasi pulih ekonomi

PROGRAM Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah kejayaan penting ke arah mencapai pemulihan ekonomi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PROGRAM Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama disuntik vaksin keluaran Pfizer-BioNTech adalah kejayaan penting ke arah mencapai pemulihan ekonomi.

Tetapi usaha itu mungkin menghadapi rintangan apabila wujud keraguan dalam kalangan masyarakat terhadap suntikan vaksin yang dibawa masuk ke Malaysia, mencakupi aspek keselamatan dan kandungan pelalian.

Ada yang mengaitkannya dengan agenda Illuminati (kumpulan rahsia) untuk terus menguasai dunia.

Sememangnya diakui, tidak mudah untuk meyakinkan sesetengah pihak mengenai keselamatan vaksin, namun perlu diingat bahawa semua vaksin dari luar negara wajib melalui proses tapisan amat ketat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Pada masa sama, pemantauan berterusan oleh kerajaan terhadap penerima vaksin membuktikan komitmen pemerintah terhadap kesihatan rakyat tidak berakhir setakat hari pertama individu itu menerima suntikan.

MOHD. SALLEH OSMAN
Presint 16, Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya