Harapan raya di kampung halaman - Utusan Malaysia

Harapan raya di kampung halaman

PELAJAR mula mendaftar diri untuk memasuki kampus secara fizikal di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAMADAN akan menjelang tidak lama lagi dan Syawal akan menyusul selepas itu. Namun, adakah sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sama dengan tahun lepas akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara?

Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini telah membenarkan enam kategori pelajar pulang ke kampus bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) hibrid iaitu secara fizikal dan pengajian dalam talian.

Saya bagi pihak mahasiswa mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana prihatin dan menyedari kepentingan memastikan program pengajian pelajar universiti berjalan dengan sempurna walaupun berhadapan dengan cabaran Covid-19.

Kami akan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) dan mengutamakan keselamatan sepanjang pengajian.

Namun, dalam masa yang sama timbul kegusaran dan kerinduan terhadap kampung halaman andainya tidak dibenarkan pulang untuk beraya.

Walaupun sektor ekonomi mula dibuka dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ditamatkan di seluruh negara, sebahagian besar rakyat Malaysia berharap agar kerajaan membenarkan semula untuk merentas negeri.

Tambahan pula, melihat keadaan kes jangkitan virus itu menunjukkan trend menurun sejak Februari lalu.

Gambaran kerancakan sektor ekonomi dan pelancongan membayangkan harapan kami untuk bertemu ibu bapa tercinta di kampung dan merayakan sambutan Syawal pada tahun ini. Moga harapan ini menjadi kenyataan.

FATHIN FARISYA NOORDIN
Presiden Inapan Siswa Petronas/Sime Darby, Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya