Didik murid jadi usahawan - Utusan Malaysia

Didik murid jadi usahawan

DEDAHKAN ilmu keusahawanan sejak di peringkat sekolah rendah lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU graduan gagal mendapat pekerjaan bukan isu baharu. Ia lama berlaku sejak 1980-an lagi berikutan ilmu yang dipelajari tidak dapat memenuhi kehendak industri.

Jadi, bagaimanakah masalah lambakan golongan penganggur hendak diatasi? Ia boleh dibuat dengan melatih anak-anak dari kecil untuk membiasakan diri terlibat dalam aktiviti perniagaan dengan memperkenalkan subjek keusahawanan sejak sekolah rendah.

Subjek tersebut mendedahkan murid tentang asas-asas keusahawanan dan menyemai minat mereka untuk berniaga dari usia muda.

Sebagai contoh, kefahaman yang boleh diterapkan ialah tentang cara-cara mengira untung dan rugi dalam perniagaan.

Wujudkan perasaan ingin tahu pelajar terhadap sikap positif yang perlu ada jika seseorang mahu menjadi usahawan berjaya.

Berikan juga pendedahan tentang agensi kerajaan dan institusi kewangan yangberperanan membantu peniaga.

Apabila murid didedahkan dengan ilmu keusahawanan sejak di peringkat sekolah rendah lagi, mereka akan lebih berkeyakinan untuk menceburi dunia perniagaan yang penuh dengan pelbagai dugaan setelah tamat pengajian nanti.

DR. MAZITA MOKHTAR
Universiti Malaysia Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya