Buku dedah Pagoh bukan pekan untuk orang pencen - Utusan Malaysia

Buku dedah Pagoh bukan pekan untuk orang pencen

BUKU Merungkai...Sejarah Pagoh boleh dijadikan rujukan berguna untuk pengkaji sejarah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

CATATAN sejarah Pagoh di Johor agak kurang. Hanya ada serba sedikit dalam beberapa naskhah agung seperti Sulalatus As Salatin (Sejarah Melayu). Setakat ini, masih tiada lagi penulisan secara terperinci tentang Pagoh yang merangkumi sejarah, budaya, tokoh dan warisan.

Tahun ini, satu lembaran baharu dalam catatan sejarah Pagoh apabila seorang anak jati, Azman Ab. Rahim menghasilkan sebuah naskhah berharga bertajuk Merungkai…Sejarah Pagoh.

Kandungan buku ini tidak hanya semata-mata tertumpu pada sejarahnya tetapi juga menyentuh dari sudut lain iaitu budaya, politik, tokoh tempatan, ekonomi dan sosial.

Penekanan secara holistik menjadikan buku ini istimewa kerana pertama kali penulisan tentang Pagoh disentuh secara terperinci dan menyeluruh.

Secara keseluruhan, kandungan buku ini dibahagikan melalui garis masa iaitu pembukaan awal, era pascamoden, era penjajahan Jepun, era darurat dan era moden.

Kandungan gambar yang padat dapat menarik minat dan membantu pembaca terutama pelajar memahami kandungan yang dibaca.

Pada pandangan saya, buku ini wajib dimiliki oleh orang ramai kerana dapat membuka minda bahawa ia bukan pekan pencen sahaja.

Harapan selepas terbitnya buku ini, akan ada banyak lagi kajian bagi menjadikannya tempat tarikan pelancongan.

LEFTENAN MUHAMMAD SYARIFUDDIN MD. SUKOR
AJK Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Mua

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya