Kecewa dengan rawatan hospital kerajaan Kedah - Utusan Malaysia

Kecewa dengan rawatan hospital kerajaan Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA merupakan pesakit barah yang mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di Kedah.

Saya mula disahkan menghidap barah dua bulan sebelum membuat pembedahan pertama untuk membuang ketulan (lumpectomy) nodus limfa (lymph nodes) di bawah lengan pada 2017 dan sebulan selepas itu saya meneruskan dengan rawatan kimoterapi.

Namun, sebelum rawatan komiterapi itu, saya menyedari terdapat bengkak di tangan, berdekatan siku. Ketika itu doktor menyarankan agar meneruskan rawatan komoterapi. Jika tiada perubahan pada bengkak tersebut, doktor mencadangkan untuk membuat imbasan pada tulang untuk mengetahui masalah dan puncanya.

Imbasan tulang di buat pada awal Januari 2018, namun doktor menyatakan ia adalah parut dan bukannya barah. Pada masa sama, doktor turut mencadangkan saya membuat imbasan PET yang dikatakan paling tepat dalam mengetahui penyakit tersebut.

Semasa imbasan ini juga, doktor menjumpai satu titik, sama seperti imbasan pertama, namun diberitahu titik itu masih kecil dan mungkin bukan sel barah. Saya terima kata-kata tersebut.

Kemudian saya teruskan rawatan radioterapi dan herceptin, namun ketika waktu itu saya tidak berapa sihat kerana batuk. Apabila membuat imbasan, paru-paru saya kelihatan seperti penghidap pesakit Pneumonia. Kemudian doktor memberi antibiotik. Selang beberapa hari, batuk saya kembali pulih.

Pada 2019, saya kembali merasa sakit di kawasan tulang dada, iaitu di kawasan titik yang dilihat oleh doktor semasa imbasan terdahulu. Sekali lagi saya diminta untuk membuat imbasan tulang. Terbukti titik itu masih ada.

Kemudian doktor memberitahu untuk mengambil Zometa bagi menghalang ia merebak ke tulang. Saya sempat ambil untuk satu pusingan sebelum pakar Oncology dari Pulau Pinang melihat laporan dan meminta memberhentikan pengambilan Zometa dengan alasan titik yang dilihat dalam laporan merupakan parut dan bukannya barah serta dalam masa sama mencadangkan agar membuang ovari supaya monopouse awal.

Walaupun bersetuju, namun di dalam hati saya tidak berapa puas hati dengan keputusan doktor tersebut.

Di Kedah, tiada Oncology sebaliknya mereka hanya akan ke hospital sebulan sekali daripada Pulau Pinang. Itu pun hanya berjumpa sebentar dan bukannya semua pesakit dapat berjumpa.

Kini, sel barah telah merebak ke paru-paru dan tulang, dalam masa sama keadaan saya semakin teruk. Kepala tidak lagi boleh pusing dan tengkok terasa amat sakit sehingga ke bahu dan tulang belakang.

Sehingga hari ini tiada sebarang tindakan dibuat untuk tulang dan paru-paru sebaliknya hanya ulang alik hospital berjumpa doktor untuk ambil tarikh temu janji baharu.

Tujuan penulisan ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman ketika mendapatkan rawatan.

Bagi pandangan saya, sekiranya anda di sahkan menghidap barah diminta mendapatkan pandangan kedua di hospital swasta agar mendapatkan rawatan yang terbaik dan jangan menjadi seperti saya yang terlalu percaya kepada satu pihak sahaja.

AIN
Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya