Mentaliti rakyat masih ditakuk lama - Utusan Malaysia

Mentaliti rakyat masih ditakuk lama

TIADA penjarakan fizikal di dalam lif memudahkan penularan Covid-19 di ruangan sempit. – GAMBAR HIASAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUDAH masuk 2020, namun mentaliti rakyat masih lagi tidak berkembang dan terlalu selesa mengamalkan cara hidup yang sepatutnya ditinggalkan.

Penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia masih tidak menjadi pengajaran buat rakyat untuk mengamalkan norma baharu terutama dalam menjaga kebersihan dan penjarakan fizikal di tempat awam.

Ia jelas dilihat apabila masih ramai yang berebut untuk menaiki lif tanpa menyedari kesesakan di ruang sempit itu boleh membawa penularan Covid-19.

Lebih menjengkelkan, sikap anak-anak muda yang sihat memilih menaiki lif, bukannya eskalator menyebabkan keadaan di dalam lif menjadi sesak.

Ada kalanya mahu sahaja menegur mereka agar memberi keutamaan kepada ibu mengandung, keluarga dengan anak kecil, orang tua atau orang kurang upaya (OKU), tetapi risau boleh ketegangan dan akhirnya membawa kepada perbalahan.

Maklumlah, anak-anak muda hari ini mudah ‘panas’ apabila ditegur dan mudah melenting walaupun nasihat yang diberikan adalah untuk kebaikan mereka.

Justeru, pihak pengurusan di sesebuah kompleks beli-belah atau bangunan perlu bertindak tegas dengan mengehad kapasiti individu di dalam lif pada satu-satu masa dengan mengutamakan golongan memerlukan.

ALIAA ISMAIL
Puchong, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya