Menang Hadiah Nobel perlu perancangan teliti - Utusan Malaysia

Menang Hadiah Nobel perlu perancangan teliti

MOHANDAS Gandhi (kanan) bersama pemenang Hadiah Nobel kategori kesusasteraan, Rabindranath Tagore pada 1940. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SASARAN Malaysia untuk menang Hadiah Nobel bukan perkara baharu kerana telah dicanangkan oleh para pemimpin kerajaan sejak dahulu lagi.

Terbaru pada 11 September lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa institusi pengajian tinggi (IPT) bersaing menganjurkan aktiviti bagi melahirkan cendekiawan yang boleh menang Hadiah Nobel.

Tekad yang ditunjukkan memang bagus, cuma saya berharap ada perancangan teliti dibuat termasuk mewujudkan unit khas di Kementerian Pengajian Tinggi untuk tujuan itu.

Satu lagi persoalan yang perlu diketahui, apa kriteria pemilihan pemenang Hadiah Nobel bagi kategori kimia, fizik dan perubatan?

Saya difahamkan, antara kriteria pemilihan adalah hasil kajian berkenaan akan membuka mata dan mengubah pemikiran semua pihak terhadap sesuatu perkara dan memberi impak yang sangat besar.

Walaupun tidak menang Hadiah Nobel, kita tidak seharusnya kecewa kerana ramai ahli sains terkenal tidak pernah mendapat anugerah itu. Antara mereka ialah ahli fizik terkemuka dunia dari Britain, Stephen Hawking.

Pengasas gerakan tanpa kekerasan dari India, Mohandas Gandhi (1869-1948) juga dicalonkan sebanyak enam kali tetapi tidak pernah menang.

SAIFUL IZAN
Trolak Timur, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya