Ulangan sandiwara politik di setiap PRK

Ulangan sandiwara politik di setiap PRK

PRK
Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Michael Jeyakumar Devaraj (kiri) menyampaikan watikah calon kepada Timbalan Setiausaha Agung PSM, Bawani KS yang dipilih sebagai calon PSM bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. di Bilik Gerakan Utama PSM di Jalan PPAK2, Air Kuning. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Parti Sosialis Malaysia mengambil maklum akan pengumuman Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkenaan peruntukan sebanyak RM6,130,719 untuk 33 projek pembangunan dan infrastruktur di kawasan Tapah, yang turut merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Pengumumannya ini menjelang Pilihan Raya Kecil Ayer Kuning. Jika ini dilakukan pada Tahun 2018, mungkin PSM terkejut, tetapi selepas tujuh tahun melihat berapa teruknya merosot agenda reformasi bawah Pakatan Harapan, kami memang menjangkakannya.
Tradisi mengguna kuasa kerajaan untuk manipulasi Pilihan Raya asalnya dari Barisan Nasional. Calon pada PRK ini pun mewakili parti yang sama. Pada suatu zaman dahulu, apabila BN dilawan PH, pengumuman sebegini pasti dikecam oleh Nga Kor Ming.
Laungan retorik reformasi yang kita faham sekarang hanyalah sebagai umpan mendapat undi. PH yang wujud pada hari ini adalah suatu gabungan parti yang takut kepada bayang-bayang sendiri.
Mereka terdesak sangat untuk mengekalkan kuasa politik sehingga sanggup mengguna apa jua taktik untuk memang. Reformasi sudah mati.
Ayer Kuning menjadi pentas yang menyaksikan sandiwara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang hampir sama.
Hanya tona biru yang menjadi penentu tetapi polisi, pendirian dan cara berfikir semua sama. Tidak dilupakan juga bahawa Barisan Nasional pernah bersama Perikatan Nasional pada suatu masa juga. Sejak kemerdekaan Malaysia kita dikekang dengan kegagalan BN dan serpihan ideologi mereka yang kian memeras rakyat Marhaen.
Biru mana yang hendak kita pilih? Biru Barisan yang membawa skandal 1MDB atau biru Perikatan yang membawa kesengsaraan rakyat pada zaman PKP?
Daripada dibelenggu dengan pilihan ini, lebih baik rakyat pilih Merah PSM. Kami menawarkan Timbalan Setiausaha Agung Nasional, Bawani, sekali lagi untuk warga Air Kuning.
Kami konsisten dengan perjuangan rakyat yang membuahkan lebih banyak hasil daripada parti gergasi lain.
Akta Gaji Minimum, Skim Insurans Pekerja dan 200 rumah untuk pekerja ladang di Selangor adalah beberapa kejayaan kami. Ada beratus-ratus lagi sepertinya.
Semua kejayaan ini kami menang bersama rakyat biasa melawan kerajaan-kerajaan parti lawan kami.
Zaman Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan MADANI semua membawa penindasan yang sama kepada rakyat Marhaen.
Hanya perjuangan dan solidariti rakyat yang PSM binalah membuahkan hasil selumayan ini. Untuk kami, amat jelas bahawa di PRK ini, satu-satunya jalan perubahan adalah bersama PSM.
Persoalan terbuka kepada rakyat pada masa ini adalah, dakah anda masih percaya kepada gabungan yang mengguna kuasa kerajaan untuk menang Pilihan Raya?
Atau adakah anda bersedia untuk melangkah ke hadapan, membuang cakap kosong MADANI dan Perikatan, menuju reformasi yang nyata? Jom tukar.
Arveent Kathirtchelvan
Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya