SAYA fikir perbincangan ini patut dibahagikan kepada dua tempoh masa, iaitu sebelum dan selepas Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta SPK 2009) berkuat kuasa iaitu pada 2 Februari 2009. Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat Perdana Menteri dalam pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim, Hakim Besar Mahkamah Tinggi (Malaya) Hakim Besar Mahkamah Tinggi (Sabah dan Sarawak), Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuandan Mahkamah Tinggi. Ayat bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat Perdana Menteri dalam pelantikan hakim-hakim itu tidak dipinda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya