SEWAKTU keluarga saya tinggal di Aulong Lama, Taiping, Perak pada 1970-an dan 1980-an, emak terlibat dalam permainan kutu. Malah, kemudian beliau menjadi ‘ibu kutu’ iaitu individu yang menguruskan aktiviti itu. Perkataan ‘kutu’ masuk ke dalam kosa kata dan budaya orang Melayu daripada istilah kuutu dalam bahasa Tamil. Dalam makna asal, ia merujuk kepada keadaan bersatu, bergabung atau berkumpul beramai-ramai. Misalnya, kuutu kudumbam dalam budaya India merujuk keluarga bersekutu atau keluarga luas (joint family) yang terdiri daripada beberapa generasi dan saudara mara tinggal bersama sebagai satu keluarga besar. Malah, dari situlah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya