UNGKAPAN 13 Mei yang digunakan sesetengah pihak, khususnya etnik Melayu, waima sebagai peringatan, apatah lagi selaku amaran, apabila hubungan etnik menjadi tegang, rata-ratanya amat tidak disenangi oleh etnik bukan Melayu. Ini kerana ia didapati bukan sahaja mahu mengulangi sebab dan kesan peristiwa berdarah itu tetapi dianggap sebagai tindakan untuk menakut-nakutkan etnik bukan Melayu. Sehubungan kesilapan dalam hubungan etnik, kaum bukan Melayu merasakan hanya individu tertentu yang terlibat sahaja harus dipertanggungjawab. Justeru, tiada keperluan langsung untuk diungkit peristiwa lampau yang melibatkan kelompok lebih besar, iaitu etnik tertentu dengan yang lain secara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya