PIHAK kerajaan khususnya Perdana Menteri sendiri meletakkan harapan tinggi kepada penjawat awam untuk menjayakan agenda reformasi dalam sektor awam demi menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien kepada rakyat selain membangunkan Malaysia Madani. Atas sebab itulah pihak kerajaan sangat mengutamakan kebajikan penjawat awam apabila secara berterusan menyediakan pelbagai insentif, inisiatif dan bantuan sebagai dorongan serta suntikan motivasi bagi melonjakkan prestasi masing-masing. Antara pengumuman dan keputusan kerajaan yang menggembirakan dan memberi impak positif kepada kehidupan penjawat awam ialah pelarasan gaji sebanyak 13 peratus. Ia merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya