KERAJAAN terus melangkah ke hadapan dalam usaha memperkukuh ekosistem media negara dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 yang diluluskan pada 26 Februari lalu, selepas 50 tahun penubuhannya dibincangkan. Langkah ini menandakan anjakan penting dalam landskap media negara dengan matlamat memperkasa kebebasan, profesionalisme dan integriti dalam pelaporan berita. Idea penubuhan badan penyelia industri media berlegar sejak 1973, dimulakan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein. Namun, pelbagai halangan politik dan birokrasi menghambat pelaksanaannya. Hanya pada Januari 2020, melalui Jawatankuasa Protem, usaha ke arah MMM kembali mendapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya