KITA biasa mendengar peribahasa ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’. Sebenarnya, peribahasa itu juga menggunakan kerbau di tempat lembu. Maksudnya tetap sama iaitu orang lain mendapat nama dan pujian atas kerja dilakukan pihak lain. Dalam kehidupan harian pula, lembu mungkin dilihat sebagai lebih jinak berbanding kerbau yang berkulit hitam dan bertanduk panjang. Tambahan pula, dalam kisah mitos dan purana Hindu, kerbau digambarkan sebagai binatang tunggangan bagi Yama iaitu malaikat yang mencabut nyawa manusia. Sepanjang saya tinggal di Lorong B, Aulong Lama, Taiping, Perak (1972-1991), terdapat kandang lembu dan kerbau milik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya