CADANGAN agar sejarah semua etnik di negara ini dimasukkan ke dalam buku teks sekolah rendah sebagai cara memupuk perpaduan negara supaya menjadi erat lagi utuh, sesungguhnya adalah langkah separa sahaja. Ini kerana ia sesekali tidak lengkap, yakni sekadar bersifat satu sisi yang kesannya tidak optimum. Cadangan itu boleh dianggap tindakan spontan yang tidak pun difikirkan dengan sedalam-dalamanya. Justeru, ia tidak boleh diterima sebagai satu-satunya cara untuk memupuk perpaduan negara yang lebih baik. Untuk perpaduan negara yang sedemikian, lebih-lebih lagi untuk dilestarikan bagi jangka panjang, kita hendaklah mengambil langkah berani untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya