SERANGAN ulat bungkus merupakan ancaman besar industri sawit di Malaysia yang boleh memberi kesan serius terhadap hasil dan produktiviti sawit. Spesies Metisa plana dikenalpasti sebagai perosak utama yang merosakkan daun kelapa sawit dengan memakan bahagian-bahagian daun yang seterusnya mengurangkan aktiviti fotosintesis dan hasil buah tandan segar (BTS). Serangan ini boleh menyebabkan kerugian ekonomi kerana penurunan hasil tanaman secara langsung memberi kesan kepada pendapatan daripada pengeluaran kelapa sawit. Kajian pada 2017 menunjukkan bahawa serangan ulat bungkus yang teruk boleh mengurangkan hasil sawit sehingga 30 peratus, bergantung kepada tahap serangan dan keadaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya