Tangkap dan hukum jerung besar najis dadah

Tangkap dan hukum jerung besar najis dadah

dadah
𝗣𝗔𝗣𝗣𝗔π—₯π—”π—œπ——π—¨ 𝗔/π—Ÿ π—©π—˜π—₯𝗔𝗠𝗔𝗑
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISU hukuman mati terutamanya dalam kes dadah seperti yang dihadapi oleh rakyat Malaysia iaitu Pannirselvam di Singapura, memang menjadi perdebatan yang kompleks.

Ramai pihak berpendapat bahawa hukuman mati adalah kejam dan tidak menyelesaikan masalah sebenar, terutamanya apabila β€œjerung besar” atau dalang sebenar dalam sindiket dadah sering terlepas daripada tindakan undang-undang.

Perkara ini menampakkan seolah-olah kegiatan ini “dilindungi” oleh pihak tertentu. Saya mengharapkan pihak berwajib dapat menangkap jerung besar dan jangan tertumpu hanya penagih dan pengedar kecil.

Jika tiada pembekal maka pembeli tiada sumber untuk mendapatkan bekalan.

Isu dadah ini tetap berleluasa kerana kartel dadah ini masih lagi menjalankan kegiatan perniagaan haram dan kegiatan dadah ini makin menjadi barah kini terutamanya melibatkan Anak Muda, hal ini amat merugikan Negara.

Hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah di sesebuah negara merupakan sesuatu yang biasa malahan Malaysia juga pernah melaksanakan hukuman itu ke atas mereka yang didapati bersalah mengedar dadah dengan jumlah tertentu hinggalah hukuman mandatori tersebut dimansuhkan pada 2023.

Kuasa diberikan sepenuhnya kepada Hakim menggunakan budi bicara untuk menjatuhkan hukuman sama ada penjara seumur hidup atau gantung sampai mati.

Pandangan saya terhadap Hukuman Mati dalam Kes Dadah yang boleh ditambahbaik;

1. Keadilan dalam Sistem Undang-Undang
β€’ Pengedar kecil seperti Pannirselvam sering menjadi sasaran hukuman berat, sedangkan mereka mungkin hanyalah β€œkambing hitam” dalam jaringan jenayah yang lebih besar.
β€’ Dalang sebenar yang mengaut keuntungan besar daripada perdagangan dadah jarang dihukum setimpal.

2. Keberkesanan Hukuman Mati
β€’ Singapura mempunyai undang-undang dadah yang sangat ketat, tetapi masih terdapat kes penyeludupan dadah.
β€’ Ini menunjukkan bahawa hukuman mati tidak semestinya berkesan sebagai langkah pencegahan.

3. Alternatif yang Lebih Produktif
β€’ Banyak negara telah memansuhkan hukuman mati dan menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup atau program pemulihan.
β€’ Hukuman yang lebih berfokus kepada pemulihan boleh membantu pesalah membina semula kehidupan mereka.

4. Seruan untuk Penghapusan Hukuman Mati
β€’ Pendirian untuk membatalkan hukuman mati di seluruh dunia semakin mendapat sokongan, termasuk dari organisasi hak asasi manusia seperti Amnesty International.
β€’ Malaysia sendiri telah mengambil langkah ke arah pemansuhan hukuman mati mandatori.

Pendekatan keadilan yang lebih menyeluruh perlu diambil oleh Singapura dan negara lain dalam menangani jenayah dadah. Hukuman mati bukan sahaja menimbulkan persoalan etika, tetapi juga tidak menyelesaikan akar iaitu masalah perdagangan dadah yang dikuasai oleh sindiket besar.

Terakhir, saya juga ingin memaklumkan kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Singapura perlu meningkatkan lagi strategi mengendali kes-kes dadah yang berprofil besar biasanya jerung itu terlepas dari hukuman.

Untuk mewujudkan masyarakat MADANI yang terunggul kita mesti berkerja keras untuk membateras gejala ini di peringkat akar umbi atau dasar supaya najis dadah ini dapat dibanteras.

𝗣𝗔𝗣𝗣𝗔π—₯π—”π—œπ——π—¨ 𝗔/π—Ÿ π—©π—˜π—₯𝗔𝗠𝗔𝗑

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asal & Minoriti

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Β 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya