DALAM usaha memacu ekonomi negara, kita tidak boleh menafikan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Salah satu isu utama adalah pertumbuhan gaji yang perlahan berbanding dengan peningkatan kos sara hidup. Walaupun perbelanjaan isi rumah meningkat, pendapatan yang diterima rakyat adalah tidak seimbang. Keadaan ini mendorong peningkatan hutang isi rumah. Nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023 adalah 84.2 peratus dengan jumlah RM1.53 trilion. Jika trend ini berterusan, ia boleh mencipta masyarakat yang rapuh dan tidak berdaya tahan, terutamanya apabila berdepan dengan krisis kewangan atau ketidakstabilan ekonomi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya