TINGGAL beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki ‘madrasah Ramadan’. Ia adalah bulan umat Islam melaksanakan kewajipan berpuasa seperti yang diperintahkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. Dalam Rukun Islam, ibadah puasa menjadi salah satu daripada lima ‘binaan’ Islam seperti yang dinyatakan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dibina Islam atas lima perkara: Persaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya