KEhADIRAN buat pertama kali Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland pada 21 dan 22 Januari lalu adalah sebahagian daripada usaha mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam ekonomi global, mempromosikan ASEAN dan serta menarik pelaburan ke dalam negara. Di Davos, Perdana Menteri menyertai beberapa sesi penting termasuk Majlis Makan Malam Pembukaan bersama pengasas dan Pengerusi Eksekutif WEF, Profesor Klaus Schwab, bersama pemimpin dunia lain. Mesyuarat perniagaan dengan syarikat multinasional seperti AstraZeneca, DP World, Medtronics, Nestlé, Google dan Fortescue diadakan bagi menarik pelaburan ke Malaysia.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya