IDEA kebebasan media adalah untuk mewujudkan ekosistem selamat bagi pengamal media melakukan tugas-tugas asal mereka. Seharusnya kebebasan media menuntut iltizam politik tinggi daripada kerajaan yang memerintah di dalam sesebuah negara. Kesan mendapatkan bahan berita yang jujur, tulen dan berintegriti akan menjadi penyambung kepada dunia luar. Lihat sahaja keadaan di Gaza. Dahulunya bahan berita yang adil susah diperoleh. Dunia luar satu ketika dahulu dihidangkan dengan bahan berita yang tidak seimbang serta tidak adil. Ini menyebabkan dunia tidak mengetahui keadaan sebenar di Gaza. Namun, segalanya berubah dengan pelbagai penularan bahan berita yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya